Merawat Penyakit Dengan Buah Mulberi

Pokok mulberi mempunyai nilai perubatan yang tinggi terhadap kesihatan kerana buah mulberi mengandungi asid sitrik, gula dan vitamim C manakala daun mulberi mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karoten dan kolin.

Mulberry

Biji mulberi pula mengandungi ureas dan kulitnya mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol, dan sitosterol.

Bengkak mata

Selain daunnya diberi makan kepada ulat sutera dan rusa, daun mulberi sangat baik untuk pencuci mata yang bengkak dengan merebusnya dan sapu pada mata yang bengkak di awal pagi dan petang.

Merawat demam

Daun mulberi yang dikeringkan berkesan melegahkan selesema, batuk, demam panas dan membersihkan dalaman badan. Caranya rebus daun kering dan minum airnya.

Melegakan gigitan serangga

Daun mulberi juga berkesan melegakan gigitan serangga dengan menumbuk 6 helai daun hingga lumat dan tampal pada kesan gigitan.

Merawat penyakit kronik

Buah mulberi berkesan untuk menyembuhkan penyakit kronik pencernaan, meransang rembesan cecair gastrik, memperbaiki selera makan dan membuang kembung perut.

Merawat asma

Akar pokok mulberi pula berkesan untuk penyakit asma, batuk, busung, melawaskan pembuangan air kecil dan radang dengan cara merebusnya.

Sistem pernafasan

Air rebusan kulit pokok mulberi pula dikatakan boleh merawat sistem pernafasan, asma, batuk, bronchitis, menyingkirkan kahak dan mengawal tekanan darah tinggi.

Ulam

Pucuk muda daun pokok mulberi juga boleh dijadikan sebagai ulam atau sayur tumis. Rasa seperti kangkung tetapi tidaklah pahit.

Apapun, sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu jika menggunakan mulberi sebagai rawatan alternatif bagi mengelak daripada sebarang masalah yang tidak dingini.

BACA INI JUGA: Cara Supaya Mulberi Berbuah Lebat!

from SentiasaPanas http://ift.tt/2jo6Flo via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.