Apa Itu 'Cabaran Garam Dan Ais' Yang Sedang Hangat Sekarang?

Sekarang ini terdapat kegilaan baru di media sosial di mana remaja di luar negara akan membakar kulit mereka kemudian meletakkan ais dan garam di tempat yang mengalami luka itu.

Cabaran

Kegilaan berkenaan dikenali sebagai `cabaran garam dan ais�. Peserta yang mengambil bahagian perlu menahan diri bagi melihat berapa lama mereka dapat menahan kesakitan tersebut.

Selepas itu mereka akan berkongsi gambar luka terbabit di media sosial.

Meskipun ia berlaku di luar negara, namun tidak mustahil aksi gila dan bodoh ini boleh merebak di negara ini terutama kepada mereka yang gemar mengikut aksi bodoh di internet.

Akibat kebodohan tersebut juga, ada remaja terpaksa dibawa ke hospital akibat luka melecur. Keadaan ini mengakibatkan polis di Yorkshire memberi amaran kepada ibu bapa dan guru-guru supaya memantau anak-anak serta pelajar mereka.

�Tolong beri amaran kepada anak-anak anda agar tidak mengambil bahagian dalam cabaran yang membahayakan ini,� kata polis.

Ini kerana ia bukan hanya mendatangkan kesakitan malah luka yang dialami meninggalkan parut kekal.

BACA INI JUGA: Apa Sebenarnya Punca Air Laut Menjadi Masin?

Sumber: mynewshub

from SentiasaPanas http://ift.tt/2kbN8Zt via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.