Shalini Yadav Hidap Penyakit Misteri, Digelar Manusia Ular!

Seorang remaja perempuan di India, Shalini Yadav, digelar �manusia ular� akibat menderita penyakit misteri yang menyebabkannya �bersalin kulit� setiap enam minggu.

Shalini Yadav

Shalini Yadav, 16 tahun, menghidap penyakit kulit Erythroderma iaitu sejenis radang kulit atau dikenali sebagai �red man syndrome� yang mana para doktor belum menemui rawatan untuk mengubatinya.

Malangnya, oleh kerana keadaannya yang berbeza berbanding remaja seusia, Shalini dibuang sekolah kerana rakan sekelas takut dengannya.

�Saya mahu belajar di sekolah seperti rakan-rakan sebaya yang lain, namun dibuang sekolah hanya kerana pelajar lain takut melihat wajah saya.

�Semua orang dalam keluarga saya juga menderita akibat penyakit saya ini.

�Tapi apa salah saya? Apa dosa yang saya lakukan hingga menghidap penyakit seperti ini? Saya mahu hidup. Tolonglah saya, jika anda mampu,� luahnya.

Shalini Yadav

Shalini juga difahamkan perlu merendam badannya di dalam air setiap satu jam dan menyapu krim pelembab selang tiga jam untuk mengelak kulitnya menjadi kering dan menggelupas.

Namun, oleh kerana ibu bapanya tidak mampu membeli krim tersebut, Shalini terpaksa menahan sakit dan membiarkan kulitnya terkupas setiap enam minggu.

Luluh hati si ibu, Devkunwar melihat penderitaan yang ditanggung oleh anak perempuannya itu sejak dari kecil lagi.

�Kami telah berjumpa beberapa doktor namun tiada satu pun yang mampu mengubatinya dan keadaan Shalini bertambah teruk.

Shalini Yadav

�Saya tidak berdaya melihat kesakitan yang ditanggungnya ketika kulitnya menggelupas.

�Penyakit ini tidak membunuh, tapi mengambil nyawanya sedikit demi sedikit,� luahnya.

Shalini mempunyai dua adik iaitu Sejal, 15 tahun dan Price, 8 tahun, namun kedua-duanya dilahirkan normal dan tidak menghidapi penyakit misteri yang dialaminya.

BACA INI JUGA: Ular Kepala Pelangi Antara Spesies Baharu Ditemui

Sumber: mynewshub

from SentiasaPanas http://ift.tt/2jUX0DR via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.