Menyewa Atau Membeli Rumah Mana Lebih Baik?

Bagi mereka yang baru mula bekerja dan terletak jauh dari tempat asal, sambung belajar atau baru sahaja melangsungkan perkahwinan dan memerlukan rumah sebagai tempat tinggal, persoalan utama yang biasa menjadi masalah adalah, mana yang lebih baik, menyewa atau membeli rumah?

Rumah

Walaupun keadaan ekonomi yang tidak menentu, hidup perlu diteruskan. Berikut ini adalah kebaikan dan keburukan membeli atau menyewa rumah.

Kebebasan Pemilik Dan Penyewa Rumah

Bagi pembeli rumah, kebebasan menghias dekorasi dalaman adalah kepuasan hakiki. Pembeli bebas menata hias rumah mengikut citarasa sendiri.

Selain itu, pemilik rumah sendiri juga memiliki kebebasan sama ada mahu tinggal di rumah tersebut atau sebagai rumah persinggahan mahupun disewakan kepada orang lain.

Pastinya, kebebasan ini tidak boleh dinikmati oleh penyewa yang tertakluk kepada syarat menyewa rumah dan sangat berbaloi bagi pemilik rumah sendiri.

Namun, kelebihan bagi penyewa rumah adalah kebebasan untuk tinggal pada tempoh tertentu mengikut bulan atau tempoh yang diingini, juga kebebasan berpindah pada bila-bila masa atas tuntutan kerja dan sebagainya tanpa perlu risau akan rumah yang kosong!

Definisi kebebasan adalah berbeza bagi pembeli dan penyewa namun masih boleh dinikmati oleh kedua-dua pihak.

Masa

Proses untuk memiliki sesebuah rumah juga mengambil masa yang agak lama berbanding hanya menyewa.

Untuk membeli rumah, anda perlu berurusan dengan pelbagai pihak seperti bank, property, peguam, pemaju dan sebagainya yang lazimnya mengambil masa dalam tiga ke empat bulan.

Berbeza dengan hanya menyewa rumah, anda boleh berpindah masuk keluar dalam masa yang cukup singkat dan hanya beberapa perkara penting yang perlu diberi perhatian sebelum menyewa rumah.

Dalam proses membeli rumah, pelbagai proses dokumentasi harus dilakukan bagi mengesahkan status pembeli rumah benar-benar layak menduduki rumah tersebut dengan latar belakang kewangan yang kukuh supaya dapat membayar bayaran bulanan kelak.

Berbanding dengan menyewa rumah, tiada dokumen khusus diperlukan selain pembayaran deposit selama tiga bulan, yang mana deposit sekuriti dan utiliti boleh dipulangkan kembali.

Kewangan

Menyewa rumah boleh memberi lebihan penjimatan kepada wang terutamanya dalam jangka masa yang terdekat, seperti dalam tiga tahun pertama.

Untuk membeli rumah juga, anda perlu membayar sejumlah wang pendahuluan dan perlu membayar kos-kos lain seperti cukai rumah, kos penyelenggaraan dan sebagainya.

Tapi kelebihan memiliki rumah sendiri ialah ianya mampu memberikan penjimatan dan pulangan kepada anda dalam jangka masa yang panjang.

Misalnya, setelah enam tahun anda melalui tempoh pembayaran bayaran bulanan tetap dan tidak mengalami sebarang masalah, anda akan mendapati jumlah pembayaran jauh lebih rendah berbanding mereka yang membayar sewa, kerana penyewa perlu membayar mengikut harga rumah yang kian meningkat.

Membeli rumah juga memiliki kelebihan tertentu dari segi potongan akaun kedua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membantu bayaran bulanan.

Jika perlu, anda boleh membuat pengiraan sama ada ingin membeli atau menyewa rumah dengan menggunakan kalkulator interaktif beli-sewa yang terdapat di sesetengah laman web hartanah.

Ia membolehkan anda mengenal pasti kos yang diperlukan dengan membuat perbandingan antara kedua-dua pilihan ini.

Perancangan sangat penting dengan melihat sumber kewangan dan pendapatan anda, sama ada pendapatan boleh menampung kos perbelanjaan yang diperlukan jika ingin membeli rumah atau adakah ianya hanya sekadar dapat menampung kos untuk menyewa sahaja.

Kesimpulan

Pilihan sama ada mahu membeli atau menyewa rumah terletak pada perancangan anda sendiri memilih mana lebih baik dan berbaloi.

Tidak salah membeli rumah pada usia muda, tetapi penting bagi memastikan diri anda cukup bersedia dari segi kewangan, seperti simpanan yang mencukupi dan kerjaya yang benar-benar stabil untuk melayakkan anda mendapat pinjaman rumah sekadarnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Panduan Menjana Pendapatan Lumayan Dengan Rumah Lelong!

Sumber: impiana

from SentiasaPanas http://ift.tt/2lRwgbJ via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.