Yee Sang Sebagai Sajian Tahun Baru Cina, Apa Sebenarnya Sajian Imlek Ini?

Yee Sang atau Yusheng, adalah sejenis salad ikan mentah (kebiasaannya salmon) yang dicampur dengan potongan sayur-sayuran dan pelbagai sos serta perasa.

Yee Sang

Dalam bahasa Kantonis, yee bermaksud ikan dan ia juga bermaksud mudah (senang) dan sang pula bermaksud hidup.

Maka, yee sang diterjemahkan sebagai �ikan mentah (hidup)� atau �senang hidup� menjadi konotasi untuk kemewahan, kemakmuran dan kesuburan.

Malaysia yang bermasyarakat majmuk, kaya dengan warisan kebudayaan termasuk warisan makanan yang unik dan pelbagai.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa yee sang telah diisytihar sebagai makanan warisan negara oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Dari keseluruhan 241 warisan negara, 151 adalah makanan warisan dan yee sang berada pada kedudukan 61 keseluruhan.

Bagaimana yee sang boleh duduk sebaris dengan makanan tradisi Malaysia yang lain seperti budu, cencaluk, tapai, wajik, lempeng, dodol, baulu, apam balik, onde-onde, cendol, muruku, putu mayam dan pelbagai lagi makanan lain yang telah disenaraikan?

Yee sang disenaraikan sebagai makanan warisan Malaysia di bawah warisan budaya Unesco pada tahun 2009.

Yee Sang Budaya Masyarakat Cina Malaysia

Jika ditanya kepada orang Cina di Hong Kong, misalnya, mereka tidak pernah mendengar apatah lagi mempraktikkan budaya ini.

Begitu juga masyarakat Cina di Taiwan dan tanah besar China serta komuniti Cina di bandar-bandar besar yang lain, mereka tidak pula memakan yee sang pada Tahun Baharu Cina.

Walaupun yee sang dikatakan bermula di negara China, yee sang versi Malaysia sangat berbeza dengan yee sang versi China kuno dari segi bahan, cara menghias dan cara memakannya maka, yee sang yang kita kenal hari ini, adalah yee sang �buatan Malaysia�.

Asal-usul Yee Sang

Yee sang Malaysia berasal dari Seremban, dipopularkan oleh Loke Ching Kee, datuk kepada Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke, pada tahun 1940-an.

Loke Ching Kee menyediakan yee sang pada hari keempat hingga ketujuh Tahun Baharu Cina di kedainya di Jalan Kong Sang, Seremban. Mereka melakukan acara melambung yee sang sambil melaungkan �Lou Hei� yang bermaksud gaul naik.

Mereka juga mengucapkan kata-kata yang baik seperti �semoga bertambah rezeki�, �semoga panjang umur�, �semoga keluarga bahagia� dan sebagainya. Ia umpama doa.

Ritual ini adalah simbolik kepada permohonan dan pengharapan agar tuah dan rezeki akan bertambah pada tahun yang mendatang.

Makan ikan mentah merupakan kebiasaan bagi penduduk China suatu ketika dahulu bagaimanapun, setelah sekian lama, ia berkurangan kecuali di beberapa tempat di selatan China seperti Fujian dan Guangdong. Memakan yee sang semasa Tahun Baharu Cina merupakan tradisi etnik Kantonis.

Mitos Dewi Nu Wa

Kira-kira 1,500 tahun yang lampau, yee sang juga dikaitkan dengan sebuah legenda atau mitos. Ia berkenaan Dewi Nu Wa yang kononnya mencipta manusia pada hari ketujuh selepas tahun baharu.

Kaum nelayan dan pelaut China Selatan zaman silam memakan yee sang pada Tahun Baharu Cina untuk memperingati kisah ini.

Persamaannya dengan yee sang moden adalah dari segi ikan mentahnya sahaja, manakala bahan-bahan lain, cara menghias malah cara memakannya termasuk melambung yee sang, tidak dipraktikkan sama sekali oleh mereka.

Pada hari ini, tradisi memakan yee sang bertujuan merapatkan hubungan kekeluargaan, di mana semua ahli keluarga yang berkumpul akan bersama-sama melambung ramuan yee sang ke udara dengan penyepit. Tiada lagi kaitan dengan mana-mana legenda atau mitos.

Adat Turun Temurun

Malah, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, di bawah siri Bayan Linnas-nya, telah menyatakan bahawa upacara yee sang adalah lebih kepada adat dan tidak bersangkut paut dengan persoalan akidah dan harus hukumnya bagi umat Islam yang diajak untuk menyertai upacara tersebut selagi mana tiada unsur maksiat.

Maka, walaupun ada pihak yang cenderung mengatakan bahawa ia boleh membawa kepada syirik, penulis berpandangan ia merupakan salah satu dari banyak perkara yang telah diistihalahkan (ditransformasikan) dengan mengambil kira maqasid syariah.

Perbuatan mengangkat ikan mentah adalah simbolik kepada menaikkan semangat juang kita dalam menghadapi hidup yang penuh dugaan dan cabaran sebagaimana ikan di lautan berjuang untuk hidup.

BACA INI JUGA: 9 Tertib Sebelum Makan Yee Sang Dan Signifikannya Di Tahun Baru Cina

Sumber: SH

from SentiasaPanas http://ift.tt/2jvx1oW via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.