Seks Awal Pagi Jadikan Wanita Lebih Cantik!! - Saintis
ATA-RATA pasangan yang sudah berkahwin pasti gemar memilih waktu malam untuk melakukan hubungan intim.
Menurut ahli saintis, hubungan suami isteri seelok-eloknya dimulakan pada awal pagi kerana waktu itu mampu membuatkan tubuh menjadi lebih sihat dan bertenaga.
Menurut Doktor Falsafah Debby Herbenick dan juga pengarang buku �Because It Feels Good�, hubungan intim pada waktu pagi membantu tubuh mengeluarkan oxytosin.
Ini sebenarnya hormon yang mampu membuat pasangan merasa dicintai serta terikat sepanjang hari.
Tambah Herbenick lagi, antara manfaat lain ialah seks waktu tersebut mampu mencetuskan adrenalin untuk membakar 300 kalori dalam satu jam.
Ini merupakan khabar gembira kepada mana-mana isteri yang sedang menjaga berat badan selain mengurangkan risiko penyakit diabetes atau kencing manis.
Setiap pergerakan sewaktu melakukan hubungan intim itu mampu melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan.
Selain melancarkan pengaliran darah, hormon yang dikeluarkan oleh pasangan akan saling bertindak balas dan memberikan manfaat yang baik untuk kesihatan kulit, kuku dan rambut terutamanya wanita.
�Apabila mencapai tahap klimaks, tubuh mengeluarkan zat kimia yang akan bertindak balas dengan prestasi kenaikan hormon estrogen.
�Tindak balas antara kedua-dua hormon itu bagus untuk tekstur kulit, rambut dan kuku seorang wanita. Secara tidak langsung wanita kelihatan lebih cantik dengan kulit pipi menjadi kemerah-merahan,� jelas Herbenick lagi. � MYNEWSHUB.CCS
No comments: