Pelajar Britain Tolak Tawaran RM28 Juta Untuk Jual Laman Web!

Seorang pelajardari Yorkshire, Britain, berusia 16 tahun menolak tawaran bernilai �5juta (RM 28j) yang ditawarkan untuk laman web yang dibangunkan hanya di bilik tidurnya.

Mohammed Ali

Mohammed Ali menolak tawaran itu kerana dia yakin, harga untuk laman web weneed.com akan meningkat dengan lebih tinggi pada masa depan.

"Tawaran tersebut ditolak pada bulan Disember, beberapa hari sebelum perayaan Krismas.

"Kami bertemu pelabur di London, mereka adalah syarikat data global dan mereka tidak menyedari saya yang membangunkannya.

"Alasan utama saya menolak tawaran itu adalah, jika teknologi dan konsep telah bernilai jutaan dolar, cuba bayangkan berapa nilai jika orang mula menggunakannya," kata pelajar A Level dari Dewsbury itu.

Ali berkata, dia menyedari ia adalah risiko besar menolak sejumlah wang dari pelabur Amerika namun dia mahu mencipta sesuatu untuk diri sendiri.

Ini bukan pertama kali dia berjaya meraih pendapatan sendiri melalui kemahirannya itu.

Sebelum ini projek permainan videonya, Project 2006 berjaya menjana pendapatan �30,000 (RM 167,735) pada tahun 2012.

Usahasama bersama rakan kongsi perniagaan berusia 60 tahun Chris Thorpe akan dilancarkan pada 28 Januari ini lapor metro.uk.

BACA INI JUGA: Kenapa 'Altaba' Dipilih Sebagai Nama Baru Yahoo?

Sumber: SH

from SentiasaPanas http://ift.tt/2jB6VON via IFTTT

No comments:

Powered by Blogger.