Anggota SCDF Disiasat Gara-Gara Video Seks Tersebar
SINGAPURA � Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) diajukan soalan bertubi-tubi daripada warga tempatan susulan skandal rakaman video seks melibatkan anggotanya sendiri.
Menurut laman berita negara tersebut MediaCorp Singapura, video yang tersebar itu menunjukkan dua orang anggota yang didakwa sedang ghairah melakukan hubungan seks.
Tambah laman itu, video yang tersebar itu menunjukkan seorang lelaki berpakaian seragam bersandar pada sebuah meja, manakala seorang lagi individu, sedang berdiri di belakangnya.
Rakaman aksi seks itu tersebar meluas menerusi sebuah laman sesawang tempatan negara itu dikenali sebagai Streamable dan telah ditonton lebih 22,000 kali sejak ia dimuat naik.
Pihak SCDF memberitahu media tempatan bahawa pasukan tersebut sedang menyiasat mengenai perkara berkenaan �di bawah Akta Filem�.
Menurut salah seorang jurucakap SCDF, pihaknya memandang serius perkara tersebut kerana ia melibatkan imej dan integriti pasukannya.
�SCDF memandang serius perkara ini dan sudah membuat aduan polis,� katanya.
Difahamkan kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Filem, si pelaku yang disabitkan kesalahan buat pertama kali membuat atau menghasilkan video berunsur lucah boleh dikenakan denda antara S$20,000 (RM6,0427.55) hingga S$40,000 (RM12,0855.10) atau penjara maksimum dua tahun. � Agensi/Mynewshub.cc
Sumber: Berita Mediacorp Singapura
No comments: